our sweet wedding ^__^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 24, 2012

Bila nama diberi

 Assalamualaikum..

haaa kann, dh sekali dpt update blog, hari2 la aku nk berblog :D Cik bunga aku ni, habis je hari berpantang, tido dia bukan main menjadi2. Bgn nk susu ajeee. Haila Chempaka Raudhah ni. takpe yang, chempaka tido mmy nk buat kj ye.. pandai dah dia, dh pnd angkat kepala, nk diagah dah, klo org jarang yg amek dia, dia melalakkk. habisla akuuuu !! Alhamdulillah, tido aku dan suami kembali normal cuma kne berhati2 jugak kot2 chempaka termuntah ke, apekeee. Skrg ni, dia nk tido meniarap je kne byk berhati2 masa mlm. Tp dia dh pnd pusingkn kepala sendiri kalo dh xselesaaa. See, bdk2 sekrang semua dh blh buat sendiri.

Mengenangkan anak sendri, org offer kj gaji boleh tahanlaaaa.. sanggup aku tolak untuk jg chempaka. Takmoo kejadian tak diigini berlakuu T_T biarla baik buruk ank kita, kita yg jg masa kecik2 ni.

LARIKK TAJUKKKK <--------------- HAHAHA ! rmi aunty2, uncle2 sibokk dok tny kenapa bg nama CHEMPAKA RAUDHAH, then ada jgk yg ckpp wahhhh !!! klasik tu nama CHEMPKA RAUDHAH, ejaan pun cara lama ;) ada jugakk yg kata, ni mst suka kat AYU RAUDHAH. hello plezz ! LETAK nama ats maksud yg sangat2 INDAH.KLo stakat minat dgn org cenggituuuu, harrrr tak kemana pun. Lgpn skrg org ltk nama, ikut trend. Nama pun ada trend ekk? tgk, Zaman ank aku lahirrr.. sume nk bubuh 'IZARA' 'MIA' 'NIA''ARON' disebabkan ikutan artis yg pemes2 tuuuu. okey, tu hak memasingkn nk bubuh nama ank apaaa.

Biarla maksud cantik bila dipanggil. Setelah 9bulan aku mengandung, hanya aku sorang yg pilih nama utk bby. memandangkn suami kata 'syg letakla nama apa pun, janji dpt maksud yg baik' Ok, Plan 1st masa tu aku dok search internet nama2 ank..Tpppp, sgt memboringkan nama2 tu. sbb? nama2 trend laaa, tergeliat maktok toaki nenek atok dia nkk nyebutt nt ;( asalnya mmg nk ltk nama bunga-bunga klo ank perempuan ni. lelakii ltk nama kumbang BOLEH ? upsss, ahaha xdokk laaa. Okey, bila dh search2 bunga apa yg sedap. Set mind Chempaka sgt2 menarik dan manis bila dipanggil. boleh bwk mimpi nama anak ni, Mimpilah syurga yg sgt2 tenang. Syurga mmg setenang bayi yg br lahir. Bgn dr tido, apa yg aku nk nama yg bermaksud 'SYURGA'..Search lg kt opiss nama. Pastuu, dptla RAUDHAH - TAMAN SYURGA. "SWEET tak Chempaka Raudhah b?" memula dia pun kurang setuju dgn chempaka tuuu. sedihnyala masa tuuu ;( dahla smp bwk mimpii. Kesian aku. hoho ! Sebaliknya dia suruh ak carik lg nama yg blh digabungkan dengan Raudhah. Tp hati mmg nk ltk nama ank perempuan bunga2. Stress aku waktu tu, bkn snng nk create nama anak. Dia tu, tukang pilihh ja.
Lepas aku listkn nama2 ank kat suami, dia ckp nk2 dekat bersalin pk balikkk. Boleh gitu ? wohooo.. 

Ni part paling best nak citaaa :D saat tengah sakit2 waktu nk lahirkan bby ni, aku ni blh dok gaduh ngn bidan n doc. Alhamdulillah, doc pompan yg sambut. Senang hati ni ;) Dalam klangkabut waktu kepala bby dh nampk, 2 kali push, BBY keluar letak kt dada trs. Tahu takk apa benda 1st sebut? ALHAMDULILLAH, ALLAHU AKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ye, sgt besar sgt hadiah yg diberi kt kami berdua.Tak terunggap dgn kata2 masa tu.Dah tu ni nk cita ni caner boleh lekat nama Chempaka ni plak. Doc amek je bby nk g mandikan, ak boleh je jeritt CHEMPAKA, CHEMPAKA. wahh ! suami trs je, kompom ke nk ltk CHEMPAKA? dlm LR pun boleh lg nk bincang nama ank?? AHAH, B OH B.. kalo Allah dh tetapkan nama ank kita tu, InsyaAllah itulah yg terbaik.Dan itulah kisah nama anak kami diberi CHEMPAKA RAUDHAH yang bermaksud 'BUNGA TAMAN SYURGA' harapan mmy ddy, Chempaka jadilah ank secantik maksud tu. Pnt kami pilih nama smp bergaduh2. BTW, harini anak mmy dh semakin comel dan tembam. Alhamdulilla.. 

Org nk panggil apa ? Chempaka boleh, Bunga boleh, Flower boleh, Raudhah boleh, Chempaka Raudhah punn boleh ;) 


Pada yang tak kenal bunga Chempaka ni, nila dia.. Dah jd febret plakkk
byk jenisss, tp aku terpikat yg ini :D
Harus menempekkan gmb owner blog.kekke
Ni mmy Chempaka Raudhah ;
)
Kihkih, menyempat yee. Tamiya tu.
Ni ddy Chempaka Raudhah ;)

Monday, October 22, 2012

ALHAMDULILLAH =')

Bismillah, Assalamualaikum to all pembaca blog busuk aku ni. Huh ! sgt lama tak berbelog semenjak bergelar ibu. Berhari2 nk blog tp sayang, masa2 yang terluang lebih diberikan kepada suami dan ank tercinta. Chewahh ! Hmm, Alhamdulillah harini 22/10/2012 hari last aku dan baby dalam berpantang ;) senyum sampaila ketelinga. kekek..

Sementara ada masa utk berblog, aku dan baby sgtlah sihat walafiat. Tq Allah beri kami kesihatan yg sgt baik, kekuatan utk menjaga bby dan kekuatan mental/rohani yg baik..oKey, aku sebenarnya tak tahu nk strt dari mana memandangkan terlalu byk sgt cerita nk dikongsi tapiiii.... ? xtahu nk mula dr man -_- ha lama sgt x menaip kann ?

08 September 2012, Sabtu, 1.57am aku dan suami selamat begelar mummy daddy utk bayi perempuan yg diberi nama Chempaka Raudhah, yeay !! apa yg aku rasakn ? tak terungkai rasanya,mmg seronokk anak diletakkn ats dada dan dpt dengar tangisan pertamanya. Alhamdulillah aku sudah lepas dari 1 kesakitan yg mna Allah kata sakit bersalin adalah sakit kedua slps Mati.Nauzubillah, bila selesai sj urusan tu aku sgt merasakn badan sgt2 penat dan paling best rasa diri bersih dr sebarang dosa, ringan jeee.. Bestnya waktu tu. 

Alhamdulillah, harini hari akhir aku berpantang. Mmg esk trs nk ajk suami g pizza. ngidam pulak, kekeke. Hidup berpantang selama 44hari byk mengajar aku erti kasih sayang, sabar, tenang..Mmg ada ketikanya hati memberontak nk mrh, menangis tp Alhamdulillah suami selalu disisi menemani. Tq b :') sobsobsss.. Syg tawu syg bukan yg terbaik dlm hidup b. Tp, syg akn cuba yg terbaik utk berada yg terbaik didlm ht b. Setelah berbincang kami suami isteri, suami minta aku utk berhenti dan jd fully house wife utk dia, ank dan bisnes. Oh so sweet like candy daddy. Alhamdulillah wlwpn sikit tp, aku dan suami sgt saling cukup dan mencukupi.
Biarla kami tak kaya dgn duit yg beribu2, cukup sekadar mencukupi mkn minum pakai kami sekuluarga.

Bila dh tak bekerja ni, mcm2la otak aku nk berniaga. Kekeke, knpla dr dulu Allah xkurniakn otak berniaga ni?hihi, takpe dia nk aku belajar dr bwh kn? Okey cerita dh byk merepek. Berbalik kpd cerita asal, aku sgt bersyukur suami buat keputusan utk aku jg sndiri Chempaka. Byk sgt cerita ank mati dibwh asuhan org lain. Lgpun bgsla aku tak kerja pun. Dpt belajar jd orang sikit.Klo kj, sume x jln. Raya haji minggu ni, Chempaka buat Akikah pd hrtu kt kampung Bemban Melaka. Nk botakkn kepala dia ke tak haa ? takde ape pun nk prepair sbb toaki/maktok Chempaka yg sponser :) buat keluarga2 je.

Harini, Anak mmy tido sgt baik. Bgn sekali pukul 3, nk nenen je pastu tido then pukul 6 bgn kjtkan mmy ddy dia utk solat subuh. Ank kami mmg bdk yg cerdik, dlm hari dh pnd diagah..dah pnd gelak kuat2. Tak kuat loktangg mcm mmy dia :D hihi, Senang sgt jga Chempaka Raudhah ni. Tak byk ragam. Semoga doa mmy ddy Allah dengar. Jadilah anak yg terbaik utk kami. Sepanjang bergelar ibu ni, kerja byk bertambah berbanding sblm bersalin ni. Evrything aku kena handle sndri sbb siang suami kj, rmh mk ni pun xde org nk tgk aku. Jd, aku kna pnd2 sendiri utk buat semua sendiri. Wow! mne dtg kederat yg kuat ni? Sofar VCO softgel menjadi peneman bdn utk trs kuat. Untungla ibu2 yg bersalin fully service tgl ddk bg bby nenen je ;( sedih dan jeles dgr kwn2 yg bersalin dpt rehat je spnjang berpantang.

Ape-ape pun, kisah cerita sebelum dan selepas bersalin biarla mjd diari hatiku. Setiap yg bersalin Allah berikan kesakitan yg lain2. Dan ssh utk diungkapkan dgn kata2 sakitnya. Alhamdulillah aku lahirkan Chempaka ni sgt mudah dan senang, 2 kali push dah nmpk kepala. Oh ! mmg ssh sgt nk cerita. Dugaan mjg ank sendiri, mlm merenggek bdn sgtla xlrt.Siang bila chempaka tido mata pulak xnk lelapp. Dugaan Betul -_- takpela yang, chempaka tak menyusahkan mmy ddy pun. 

Memandangkan aku dh 44hr,Chempaka dah pun lps cucuk 1bulan 8/10 haritu.. Budak cerdik mmg mcm tu, bila nurse cocok peha dia dia mampu tersentap dan tak menangis. Aku je yg over nk nangis. Kesian woo tgk ank kene cocok, sdgkan kita yg bsr gajah ni pun tkt tgk jarum tu ;( org kata kalo ank cocok 1st xdemam, next cocok pun xdemam. wihi, InsyaAllah.. 

Chempaka Raudhah dah pun besar skrg, Semoga besar dan beasr jadi ank yg baik ye sayang. Tq b, selalu ada ketika susah senng kita. To you b, semoga jadi suami dan ayh yg baik utk kami yeaaaa :) We  Love you.

Chempaka Raudhah Binti Khairul Nizam
Saat bergelar DADDY. i LOVE you kamu berdua ;)
Saat sebelum sakit. Tq sayang selalu ADA!

NAKK JUGAKK :D pasti merindui saat ni ;')




Tuesday, July 24, 2012

MINGGU KE 35 ^_^ jOMM share

Bismillah, Assalamualaikum ;) Hikkks. Sihat sume korang ? Sekejap je dh puasa ke 4. N rase bahagia sgt bila thn pertama menyambut bulan Ramadhan ni dgn suamyy n baby dlm peyoot ni. Dugaan & cabaran sgtla takterduga, tp kerana Allah sy hidup InsyaAllah, DIA permudahkan. Amin !!! Alhamdulillah sy sgt sihat dengan kandungan yg nk masuk bulan yg ke 9. WHATTTT'SS ?! haha, jgn xpercaya ye korang, sy dan suami lgla mcm takcaye lagi 5 minggu utk mengharungi liku2 kehidupan sebagai ibu mengandung ni. Lg2 dlm bulan puasa ni.. Pengalaman sy, yg sy nampak sgt dr minggu ke 30, adalah sakit belakang. nk tidooo, Ya Allah sshnye. Pusing kiri xmoh, pusing kanan xmoh. aduyai.. Dh ni, msk minggu ke 35, bby asyik je mengerasss. Ape ntah dia buat. hiksss ! Cute pluss x sabar nk jumpa anak mummy ni :D

Beraye ke idok la tahun ni gamaknyer. Sedih dan pilu mengenang kalo hr raye Checkin kt sepital. Ni yg nk bukak lagu raye time2 keje jap g. Harap dapatla puasa penuh thn ni, Tgk keadaan diri n kestabilan InsyaAllah larat. Xde lg masalah xblh nk bwk diri n bengkak2 badan. Tu yg best mengandung bila xde apa2 masalah kan? Alhamdulillah. Ni pun hasil sy amalkan VCO CATALYST ** sempat promote lagi tu :D
Tp mmg betul, lps je amalkan Produk ni, bdn xdela rase lesu sgt. Tmbh tenaga lg adalah. Setiap kali Checkup KK, nurse senyum je bila jmp patient mcm sy ni :D gelii makkk. Yela kalo x, bila jmp nurse dorang mcm nk mkn org ajeeee. *BOSAN ! next checkup 2 minggu lg. Berat xnaik sgt baru 61.7kg dr 54kg , Drh ok 11.4 tuuu, naik lg adela. Best, xpyh risau. Sgt best. Puasa pun xde nk tido je. siap boleh urut2 suami bila dia keletihan ^_^

35 minggu Dlm kandungan =) cutenyer diaaaaa
Subhanallah, ciptaan Allah.. sgt cutekan? mcm mnela rupe ank mmy kt dlm perut tuu. xsabar nk jumpa ni. minggu depan dh 9bulan. kalo ikutkan bby dh matang waktu tuuu :D tp biarla kasik mmy manje2 sikit ngn ddy dulu yeaaa .hihihi. Tq dady selalu je ada utk mmyy. I love yooo ! both !
Nanti kite jadik mmy&ddy yg terbaik utk ank kite yeeee. OK, waktu bekerja da mulaaaa..see next entryy yaaaa ;) Assalamualaikum darlinggg !

Tuesday, July 10, 2012

Testimoni KawanKawan sayanggg :D

Assalamualaikum, dan syukur kehadrat ilahi dapat lagi sy membeloggkan diri harini. Chewahhh.Semanjak beberapa harini dah start membzkan diri dalam dunia perniagaan, sy sgt shokkk woo dpt tlg kawan2 sihat mcm Mommy To Bee ni.Sihat dan menawan uolsss ! canntik je, dalaman hampesh xguna gak ;( kesiann kan? Tp sy sgtla bersyukur dikurniakan Suami yg byk sgt membantu dalam segala hal. Terutama dr segi fizikal n mental, lagi mummy tengah mengandung tinggal nk melahirkan =.= Okey, berbalik pada cerita asal, sy baru menjalankan perniagaan secara kecil2lann. Yang asalnya just nk kongsi produk ngn kawan pasal VCO catalyst ni. Last2, ia menjadi permintaan rmi. Syukur Ya Allah .. Dari jmp dlam Facebook je, boleh jmp face to face n blh jadi rapat melalui produk CATALYST ni. Tengkiu Allah.. Rezki baby. Yang syni sendiri xminat nk promote2 barang jika bkan dengan usaha sendiri, ni main amek copy n paste dr org then msk dlm blog ke FB,BLOG,TWET sendiri. ingat org boleh caye ke ? Kesiannn. 

Baru je bebrapa hari meniaga kecil-kecilan ni, Alhamdulillah sambutan yg hanggat lagi menggalakkan sy terima dari kawan2.. Nnt lg teruja kawan2 PM n WALL ckp kenberkesanan CATALYST ni..

baru amalkan 4 hari, keberkesanannya sgt ketara dr sebelum ni. Malah, kakak ni
nk cuba amek VCO SOFTGEL ++ COLOGEN. chayuk22 !!

kawan yang ni punn, Br dua hari pakai dah nampak. Alhamdulillah ^-^
takde ape yg bagus melaikan usaha kita sendiri kan ? Bagi sy, penggunaan ni sgt bagus sebb dapat melancarkan perjalanan darah, melawaskan pembuangan kecik dan besaR  . mommy mengandung ni mmg byk mengada dia. xleh tu xleh ni. Alhamdulillah ok sudahhh lps amalkan.
Hari2 stock kena tambah, sgt puas hati dapat tolong remaja-remaja n ibu-ibu n bapa-bapa kat luar sana tu.
xpyh nk carik yg mahal2, tp x berguna. IM Happy ;)

Wednesday, July 4, 2012

Kelihatan lebih sihatt ^__^ jom share !

Assalamualaikum sume ;)

Haaaaa, kalini sy nak kongsi sikit pasal HOT item mengenai produk yg sy sendiri pakai n berjaya dalam memakainya. Chewwwah ! org sume mmg nk sihat bukan? NAK CANTIK sudah semestinya. Byk giler produk kt luar2 jual utk kesihtan la, ape lah kan ? Sy pakai ni pun baru je 1bulan lebih, n sedia maklum sy ni mak buyungg dh msk usia 8 bulan pun.. Saja nkk share ngn darlingdarling testimoni ni. Mne tawkn, Korang pun ada masalah yg sama mcm sy ;( Benda ni dh lama sgt sy sevey n dh popular punn. Pompan mne nk pki barang sesuka hati jerkan? aku punn xmoh ! bende ni jadi, org kata secara kebetulan. Masa tu mengandung dh msk 6bulan. Ssh sgt nk caya keberkesanan produk ni. Mummy mne, mengandung bdn kuat, muka berseri2, bdn xberapa nak naik, buang air besar lawas giler.. Xde ! kalau ade, meh dtg tunjukkk mehh.. Ade pun jarang sgt kn?? bestnya kalo preggy dpt  rasa tahap kesihatan baik ;)

Tapi, Alhamdulillah selepas di perkenalkan Produk ni oleh kawan sekerja (dia sendiri pun amek) tak payah dia promote, sy sendiri tny knp.. Sbb sebulan dua ni, die mcm pelik je. Pelik means nmpk cantik je muka, x menggerutu *jerawat plus minyak2 kt muka bdn pun nmpk montok. Laju2 tny pakai ape. Ahaha.. Ye, Produk ni sgtla murah jika dibandingkan dengan Jenama2 lain kt luar tuuu.

Bila badan dh sarat, berat dh naik, badan letih lesu, ssh bgn pagi, susah membuang, xlarat bila nk bersama **UNTUK YG DH BERUMAH TANGGA** muka sembab, keputihan yg teruk, n mcam2 lagila... Ingatkan berbadan dua mcm sy ni ajee rase mcm ni, rupanay ada jugak anak dara rase bnda yg sama.. Tapi x pe, Sofar Alhamdulillah bila sy sendiri yg ingin mencuba n seminggu je dh rasa perubahan. Tempek la sikit gambar bagi org nk caye kan, ape yg sy teruja sgt nk share ngn korang ^-^

lain tak ? lain tak ? tak caye tepon hubby sy sendiri :D
Kan, actly mmg terasa badan, muka rase lain sgt after pakai produk ni selama 1bulan lebih.. Sumpah xtipu. Dulu kalo kuar makeup x tebal 5 inc jgnla ko kate ni aku. Bila basuh je muka, sumer org tak kenal dah Bawah mata hitam kulit kusam ! Buruk. Hihi, lepas pki produk ni, bgn pagi senang even tido kol 2/3 pg sbb tunggu sayang meniaga. N hr2 tula rutin sy. bgn pg seawal 7 siap2 ke opis pulak. Apakan daya, mencarik rezeki halal utk keluarga *sedih jappp. Bestnya, bgn pg pun xpyh dikejut oleh jam loceng n segar trs lps celik je mata dr tidur, Then klo pompan2 adat sudah semestinya bgn dr katil tgk cermin kan kan kan ?? mcm tu gak sy, wah blh berdialog pulak ngn cermin " Licin gak muka aku ni " mmg bnd tu dtg sendiri, kalau nk tipu buat ape sy nk share bnd ni kan? Dahla panjang lebar lak cite kali ni. Sumpah eksaited nk share ngn korang. Bende ni sgt best ^___^

VCO CATALYST ;)



Nila Produknya ni VCO ni ada dua jenis, sy amalkan yg softgel (kapsule) mcm gmbar kat atas ni, lg 1 liquid (cecair) . mcm sy, sy lg senng telan ajee capsule ni xde rase ape pun.kalau cecair mmg xsedap taw.hihi,
Ok sekarang sy sendiri nk cite ape fungsi-fungsi VCO ( MINYAK KELAPA DARA ) sorry korang, sy story byk kebaikan makan ketika mengandung mcm sy. Tapi jgn risau, anak dara sume boleh.. 

Antara Kebaikan/Khasiat Catalyst VCO :
- Menghilangkan parut jerawat dan strechmark bagi wanita yang hamil.
- Tiada masalah keputihan ketika hamil.
- Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak, dan kering.
- Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.
- Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari.
- Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
- Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin.
- Melawaskan pembuangan air besar dan kecil.
- Melindungi tubuh daripada kanser.
- Jerawat cepat susut.
- Sistem penghadaman lebih baik.
- Kesuburan.
- Agen pelincir dalam hubungan suami isteri.
- Melancarkan kitaran haid dan kurangkan rasa senggugut.
- Batuk dan Selsema cepat hilang.
- Mengurangkan tidur berdengkur.
- Memperbaiki kandungan asid dalam rahim.
- Memperlambatkan proses monopaus bagi wanita.
- Membantu pesakit Hepatitis C, Cacar dan Herpes.
- Mengelakkan penuaan awal dan kedutan kulit.
- Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang dan lembut.
- Mengekalkan fungsi tiroid yang sihat.
- Mencegah dan mengatasi jangkitan bakteria, virus dan kulat (yis) dan masalah sakit kulit pada kemaluan (masalah keputihan).
- Mencegah risiko penyakit jantung dan kadar kolestrol tinggi.
- Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang.
- Terhindar dari segala alahan.
- Tidak meningkatkan paras kelekitan platlet dalam darah yang menjadi punca serangan jantung.

Apa itu Virgin Coconut Oil (VCO)?

VCO adalah ”Virgin Coconut Oil” atau minyak kelapa dara. Sebenarnya, minyak kelapa dara yang diproses tanpa menggunakan haba atau kimia menyimpan pelbagai khasiat yang tidak diketahui umum. Kelebihan Catalyst VCO ialah ia menggunakan 100% bahan semulajadi yang sangat bagus diambil sebagai supplement tambahan terutamanya untuk kulit. Ianya dapat mengurangkan masalah jerawat, kulit kering, tona kulit tak sekata, strechmark bagi wanita hamil dan banyak lagi.

Pengambilan Catalyst VCO bagi Wanita Hamil
VCO SANGAT BAGUS DIAMALKAN SEWAKTU SEDANG HAMIL
DALAM TEMPOH BERPANTANG DAN MENYUSUKAN ANAK

VCO atau minyak kelapa dara juga bagus untuk mengekalkan kesuburan bagi kaum lelaki/wanita terutamanya yang telah berkahwin.

Pengambilan VCO atau virgin coconut oil/minyak kelapa dara keluaran CATALYST semasa kehamilan adalah sangat bagus dan InsyAllah tidak mendatangkan sebarang kemudaratan dan kesan sampingan kerana produk kami adalah 100% asli tanpa sebarang bahan pengawet atau pewarna tiruan.

CATALYST juga adalah syarikat bumiputera dan produk-produknya mendapat pengiktirafan sijil HALAL. Pengambilan VCO bagi pasangan suami isteri yang mengalami masalah kesuburan.

Cara Pengambilan Catalyst VCO:

Boleh digunakan dengan 2 cara :
Makan atau sapu di permukaan kulit (untuk masalah kulit muka)

boleh juga dicampur dengan foundation sebagai makeup base :)

Makan 1 biji 2 kali sehari (pagi dan malam) atau 2 biji sekaligus, selepas/sebelum makan.
Seelok-eloknya diambil bersama air suam atau air kosong.

Untuk sapuan di muka, lubangkan bahagian soft gel menggunakan jarum atau gunting dan sapukan pada permukaan kulit. Boleh dilakukan sebelum tidur malam selama 15 minit atau dibiarkan sehingga pagi.

 Ha, byk sebenarnya bnd nk cita, tp mcm boring pulak korang.hihi, xpe,Baca dan renungkan yea. Saya dh cuba.. Yeay ^__^

Sunday, July 1, 2012

Baby Progress 30WEEK'S ;)

Assalamualaikumm Darling2 ;) !!!!

Dah 3minggu ni, pergh badan sangat tak larat. Almaklumla, en sayang sy dh ada kj malam pulak kt Seksyen 25 (Seri Muda) nak dapat baby ni, mcm2 bisnes nk buat. Alhamdulillah, semua jln dengan lancar ^_^ .. Start en sayang sy blk lewat **1-2 pagi** hati mmg meronta2 nk dia. tido pun xbuleh, nk ikut g kedai xbg ;( uwarghh hati sangatla sedih. Ok, larikkkkk tajuk ni. Btw, Alhamdulillah, sy dan baby sihat je ;)


Alhamdulillah, anak mummy dah pun masuk minggu 30minnggu..dan, lg bape hari je lagi, nk masuk 8 bulan hewhewhew *-* perasaan, jgn ckp la, takut, nebes, takk sabar tu suma adaa tawww ! Hari2 en sayang sy, ajak main ngn baby. Pergerakan bby, setiap hari ada perubahan.. gerak2, xmcm mingggu2 sebelum ni.. bila time baby, bergerak menggeliattt, perghhh !geli plusss sakit sikit. Tang2, die gerak2kan siku dia.. sangat best ^_^ 

Masuk 32minggu, dah start  Checkup 2minggu sekali.. Alhamdulillah, kesihatan kami sangat memuaskan, tambahan pulak, ramai ibu2 mengandung ckp lepas 30minggu ke atas mummy kene minum air gulaaaa. Sedap ke? org kata minum tu tekak kembang dan paling penting xsedap la... kan ? next checkup 09 Julai 2012 hari isnin depan. Last scan pun minggu ke 25. Rasa rindu plopp nk tengokk, nk gak merasa publish gmb scan 3D4D tapii en sayang sy tak kasik *boring ;( Uri kat atas, kepala bby pun dh kebawah..tapi sekrang ni agak risau gak kedudukan uri dan bby nyongsang. Dah search, kedudukan bby yg betul jomm tengokkk =)



Kisahnyer, mengenai Gender baby, biarla suprise walaupun kami sendiri taw mcm tak taw hew hew !! Bby kepit sangat la, dah bpe kali scan pun dia taknak tunjuk. Xpe baby, boy ke girl ke mummy daddy terima je dengan hati terbukaaa dan menjadi Hamba Allah yg soleh dan soleha yea sayang. Yang penting anak kami mesti comel2 dan cute2 mcm baby yang lain. hihi, Ya Allah, Dh masuk bulan Julai ni, n ma due date last of ogoss ;( takutnya.. Last checkup, Nurse KK dh suruh packing2 baju baby. Hampeh, sy langsung belum nk basuh bj2 baby yg comel2 ni..Sorry la yea darling2, xde gambaww nk tunjukkk. Just nak share cerita, memandangkan kengkawan tny bilaa nk update :D

Hope, semua sihat-sihat selalu :) LOVE KAMU-KAMU SAYANG ;)

Monday, February 13, 2012

Aishah Shah Alam Eng ^_^

Assalamualaikum :)

Untuk pertama kalinya aku Preggy, dpt job makeup ^_^ berdebar2 n teruja sebb lama jgk tak makeup orang.BTW, sgt best n puas hati dapat kakak ni :) 
 Tahniah buat Aishah dan Tunang 12/02/2012

Simple makeup for her, tq sesangat pilih sayeee :D

Monday, January 16, 2012

pengalaman masuk 8 minggu Preggy . Alhamdulillah.

Assalamualaikum All :)

Harini takda keja nk buat, saje je update blog. hiii. BTW, saya still dalam keadaan yang tak berapa nk ok 
bila dh masuk 6 minggu preggy. Oh ! kalau dh lepas mmg jadi memory, tapi nk mengalaminye aduiyaiii. 
sakit Allah je taw. Mungkin mak mertu paham, sbb dia dulu mengandung ank2 dia mmg semuany dikatakan teruk sgt. Alhamdulillah sgt dapat suamyy, FIL yang cukup memahami ^_^
 bayangkan, saya mmg x boleh nk mkn bende2 yg biasa kita mkn. aduh, perut punyalah lapar thp apa pun saya tak tawu nk gambarrkan. boleh mkn, tp, nasibla lepas tu, xleh bgn, nk muntah dan mcm2 la jd. jadi, baik xpyh mkn. masa mula2 6minggu, blh lg nk mkn sup dan bubur, sekrng sikit2 pun xleh. mkn ape yg ttb je rase nk mkn.sekarang, Vitamin Folid Acid, mungkin mummy wanna be taw la apa fungsi ubat tu.. harap, esk msk 8 minggu dh jadi lebih baik.

7 week baby development   


kan, sgt comel bby mummy dlm perut ketika ini. hihi.. pengalaman saya bila dh preggy ni mmg hidup 100% bertukar. jadi, pengalaman ini sgt xdpt dilupakan :) salah satunya, mmg di manjai suamyy terchennta, dan dilayan baik punya. tapi saya xde lah nk smp naik lemak. saya pn boleh pk kott. xmaw badan naik, xnk gemuk. kalo blh nk maintan je preggy ni, tapi boleh ke org preggy brt bdn x naik ? hahahha, lu pikirla sendiri.tapi, mmg tkt bdn naik. nak msk, bsh bj, n segala2 di jaga baik la. sebb baby x kuat lg kat dlm.


selain drpd tu, bdan lemah, tido je rase mmg ketara bila dh preggy. mna xnya, masa zaman anak dara dulu pantang ddk rumah mesti boring. nk keluar ngn suamyy. mlm kalo x tidon on9 smp ke pg. haaaa, sekarang nk hrpkan on9 kt office jela. mmg xlrt akak ckp !!! kalo boleh hr2 kj nk half day nk ddk je ats katil sbbkan rase mcm ni. itulah ibu mengandung.


hmm, ! benda yang sagat saya suka sangat, saya dan suamyy sgt bahagia bila dpt taw kami bakal menimang baby bln 8 ni InsyaAllah, ALHAMDULILLAH. suamyy saya sangatla memahai saya dikala takleh mkn itu ini. mummy sayang daddy sagatttt !!!!!! <3 n iloveyou both of you ^_^